Aktiviti Persatuan Penduduk

Mesyuarat Penubuhan Persatuan Penduduk Taman Samarinda

ALOR GAJAH: Kira-kira 150 orang penduduk Taman Samarinda menunjukkan semangat 1Malaysia apabila berjaya mengadakan mesyuarat penubuhan jawatankuasa penduduk taman berkenaan yang dianggotai pelbagai kaum.

Pengerusi sementara taman berkenaan, Noorhaidi Hashim berkata, tujuan utama penubuhan taman ini yang mula dihuni sejak November 2009 antara lain adalah untuk memastikan tahap keselamatan serta kebajikan penduduk di sini terus terjamin.

Selain itu, ianya dapat mengeratkan hubungan serta dapat memupuk perpaduan di kalangan penduduk seterusnya menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia.


























Program Gotong-royong 1Malaysia Taman Samarinda

 ALOR GAJAH: Bagi memastikan kebersihan dan keindahan taman sentiasa terjaga, Persatuan Penduduk Taman Samarinda Alor Gajah, baru-baru ini barganding bahu mengadakan Program Gotong-royong 1Malaysia bagi membersihkan kawasan taman berkenaan.

Program sehari yang dihadiri kira-kira 200 penduduk itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Balai Bomba Alor Gajah, dan Pejabat Kesihatan Alor Gajah.

Penyelaras Program, Mohd Nazri Abdul Latip berkata, program gotong-royong ini diadakan bertujuan meningkatkan tahap kebersihan di situ, selain memupuk semangat kerjasama melalui penglibatan semua kaum bersama pihak berkuasa tempatan dan agensi yang terlibat.